Intisari ayat
1. Allah memerintahkan orang Beriman agar menjaga Maruah dan kehormatan Diri bagi mengelakkan fitnah.
2. Allah memerintahkan umat Islam Menutup aurat kecuali Kepada mahram
3. Allah memerintahkan umat Islam Mengelakkan diri dari Melihat perkara haram yang Membangkitkan nafsu
Kebaikan menutup aurat
1. Kehormatan dan maruah diri terpelihara.
2. Dapat mengelak daripad fitnah
3. Menghindarkan diri daripada perkara yang ditegah
4. Seseorang akan dipandang mulia
5. Dapat mendekatkan diri kepada Allah
Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan diri
Islam menyuruh setiap induvidu muslim supaya menjaga kehormatan dirinya.
Memelihara kehormatan diri menjadi perkara penting dalam syariat islam kerana matlamat utama perlaksanaan syariat adalah untuk menjaga kehormatan diri
Cara-cara menjaga kehormatan diri
Menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
Memelihara kehormatan diri
Menutup aurat
Aurat perempuan
Sesama perempuan muslim dan lelaki mahramnya : - ialah dari pusat hingga lutut
Sesama perempuan bukan Islam dan lelaki bukan mahram:- seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan
Aurat lelaki
Dalam semua keadaan kecuali bersama isteri
:- dari pusat hingga lutut
Hikmat disyaratkan menutup aurat
1. Menjaga kehormatan dan maruah diri
2. Mengekalkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini
3. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah maksiat
4. Mewujudkan hubungan harmonis sesama manusa
5. Mendisplinkan umat islam. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
Panduan berpakaian menurut Islam
LELAKI
1. Bukan daripada sutera tulin.
2. Barang perhiasan seperti cincin yang bukan dari emas
3. Tidak memakai pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain
4. Tidak menyerupai kaum perempuan
PEREMPUAN
1. Tidak memakai pakaian nipis, ketat atau jarang.
2. Tidak memakai pakaian menyerupai lelaki
3. Tidak memakai pakaian yang menjadi lambang keagamaan lain
4. Warna pakaian tidak terlalu terang yang menarik perhatian lelaki
Hukum menjaga maruah diri
1. Tidak memandang perkara-perkara haram
2. Memelihara kehormatan diri
3. Menutup aurat
Etika berpakaian menurut Islam
1. Menutup aurat samada lelaki atau perempuan.
2. Harus menggunakan perhiasan yang dibenarkan
3. Tiada bentuk fesyen, warna, harga mengikut jantina
4. Tidak terlalu mewah
5. Tidak menyerupai orang kafir
Hikmah menutup aurat
1. Elak fitnah
2. Elak berlaku perkara buruk – rogol dsb
3. Melambangkan keperibadian muslim
4. Menjaga maruah dan kemuliaan ajaran Islam
5. Dihormati dan dimuliakan
Pengajaran ayat
1. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan
2. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya
3. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah
4. Haram berpakaian ketat dan nipis yang menampakkan susuk badan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment